Pages

05 December 2013

Hati

Ada apa dengan hati atau qalbun??

Hati dari segi istilah membawa maksud :-
- a muscular organ in vertebrates (four-chambered in mammals and birds, three-chambered in reptiles and amphibians, and two-chambered in fishes) that receives blood from the veins and pumps it through the arteries to oxygenate the blood during its circuit.
- the center of the total personality, esp. with reference to intuition, feeling, or emotion
- the center of emotion, esp. as contrasted to the head as the center of the intellect
- spirit, courage, or enthusiasm

So, today I nk sentuh bab hati yang menyentuh lebih kepada perasaan seseorang.
Menurut Hadis riwayat Bukhari dan Muslim :-
"Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati."

Bila mention bab hati, a few words that combine with it akan memberi definisi yang berbeza, antaranya :-


 1) Kecil hati : Merasa tersinggung; marah; merasa tawar hatinya; kecewa; hilang keberanian; takut.
 

Yang ni always happen...and selalu terjadi dengan orang yang sama. But, orang tu act like a dummies je. Entah di mana silapnya...sabar3 yang bersisa

2) Makan hati : Kemarahan yg dirasakan oleh seseorang terus menerus akibat perilaku orang lain; Menderita secara batin.

Yang ni memang menyakitkan hati...sangat...perit rasanya...luah or not, it's still the same..are you heartless??


3) Sakit/Pedih hati : Perasaan negatif yang bercampur baur antara geram, kecewa, sukar digambarkan dengan kata2.

For me macam campuran perasaan kecil hati dan makan hati. Sedang mengalaminya...




4) Besar hati : Besar hati adalah perasan ikhlas menerima, mudah memaafkan, tdk ada dendam; Suka memberi atau orang yang ikhlas

Yang ni sangat jarang berlaku...


5) Tinggi hati :  Takabbur atau sombong

Nauzubillahminzalik..

6) Rendah hati : Tidak sombong, bersahaja, sederhana, tulus...suka menolong serta bijaksana..
  
Agak sukar nak mendidik hati ini dengan sifat ini bila mana no 1,2 & 3 berterusan hadir dalam diri T_T


 7) Jatuh hati : Perasaan suka atau tertarik yang melahirkan rasa sayang pada seseorang

Yang ni no comment..secret kot :p   



 8) Patah hati : Emotional pain atau penderitaan mendalam yang dirasakan seseorang setelah kehilangan orang yang dicintai, melalui kematian, perceraian, putus hubungan, terpisah secara fizikal atau penolakan cinta.
 

Or dalam kata lain...frustrated. Pernah alami..but, I'm doing good now :)    

9) Mata hati : Naluri, batin (batin adalah jiwa yg suci yg dimiliki setiap manusia)

Orang salu cakap buatla penilaian melalui mata hati...serious x tahu macam mana huhu

Ada 1 lagi perkataan yang tidak hadir sekali dengan perkataan hati, tp mmg melibatkan hati..which is BENCI & I really hate it!
Tp, jangan banyak sangat membenci, takut nanti ada rindu yang tertinggal. Ha ha..xtau!
Owkla, from now on..I tak benci kat you..tp I x sker you..boleh x macam tu?? Sebab I x boleh nk tukar jd suka owk!
Perasaan negative yang hadir dalam diri ni mungkin kerana terlalu berhati-hati untuk menjaga hati orang lain sehinggakan terlupa untuk menjaga hati sendiri kot

Hati/Qalbun adalah sangat berpotensi untuk tidak konsisten. Sebab itulah susah untuk menjaga hati.
Nak jaga telinga senang, cover your ears
Nak jaga mata senang, cover your eyes
Tapi nak jaga hati sangat susah owk huhu....how to cover your heart??

Sebuah hadis Ahmad daripada At-Tabrani bersumberkan daripada Abu Sa'id al-Khudri; Nabi membahagikan hati kepada 4:
1) HATI yang bersih yang di dalamnya ada cahaya yang sentiasa bersinar-sinar. Itulah hati orang Mukmin.
2) HATI yang hitam dan terbalik kedudukannya (ATAS KE BAWAH dan SEBALIKNYA). Itu adalah hati orang-orang kafir.
3) HATI yang tertutup dan terikat dengan penutup. Itu hati orang munafik.
4) HATI yang musfah (melintang) tidak berdiri tegak dan tidak terjungkir. Di situ ada keimanan dan di situ ada kemunafikan. Mana yang lebih banyak di situlah dia tergolong.
Nak dapatkan hati yang pertama....it's hard owk....but, it's not imposibble. Kena usaha keras & yakin dengan Allah >__<

Usaha membersihkan hati/untuk mendapatkan QALBUN SALIM:
1) takhalli (melawan dan membuang terus semua kehendak2 nafsu yang keji)
2) tahalli yakni mengisikan dan menghiasinya dengan sifat2 terpuji
3) tajalli yakni mengekalkan sifat2 terpuji tersebut.. kena berilmu dan sebaik2nya faham sifat2 Allah... dan berusaha meneladaninya sebagaimana Rasulullah saw meneladani semua sifat2 Allah.


Hati/qalbun dapat menampung segala perkara yang disedari oleh orang yang memilikinya. Apa sahaja yang ada dalam hati seseorang itu adalah dengan kesedaran (berkait rapat dengan amalan yang disedari oleh orang itu). Setiap apa yang terlintas dalam hati sudah tentu dengan penuh kesedaran. Daripada sinilah kita faham bahawa Allah hanya menyiksa seseorang apabila ia melakukan sesuatu kesalahan dengan penuh kesedaran.

"Allah hanya menyiksa kamu dengan sebab apa yang diusahakan oleh hati-hati kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri kamu".



Ya Allah, Tuhan yang membalik-balikkan hati maka tetapkanlah hati kami pada agamaMu...Aamiin.

No comments: