Tuhan
Andai aku telah melukakan hatinya
Sembuhkanlah agar dia tidak merana
Kerana aku tidak bisa
Melihat dia berduka
Tuhan
Kiranya dia menghamparkan kasih buatku
Dan aku tidak berupaya menghamparkan kasihku buatnya
Kurniakan dia selautan kasih yang lebih baik
Bagi menggantikan kasihku
Tuhan
Aku berdoa untuk kebahagiaan dia
Kerana sesungguhnya aku amat mengasihi
Setiap insan yang bergelar sahabat dalam hidupku
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Perkenankanlah doa seorang sahabat ini…..
Amin
Trusted true friendships never makes others down. It helps a lot to make friends
to come up from the situation. Friendships never expect anything in return for
all its offering. It saves life without looking into situation. When there is a friend with us we feel secure, happy, huge support, and
comfortable which you can't get from others.
Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu
Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia
Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini
Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia
Untukmu – Durani
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu
Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia
Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini
Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia
Untukmu – Durani
No comments:
Post a Comment